Quantcast
Channel: Alyza Fisol
Viewing all 181 articles
Browse latest View live

Domain Bertukar ke lyzafisol.com

$
0
0
Assalamualaikum & hi!!!

Minggu ni and minggu lepas memang aku jarang update blog sebab bizi ngan macam macam benda plus domain aku ade problem plak...abis abis...

Tak bestnya kena tukar nama blog dari alyzafisol.com ke lyzafisol.com....dah sedap dah bunyi yg lama dah kena tukar baru...cam pelik plak sebut nama baru ni, padahal buang a depan je pun....huhuhu...

Anyway, keep support me ye kengkawan...

Happy Weekend!!!!

Ohhh yaaa...take care banyak2 tau...skang tengah jerebu teruk...banyakkan minum air dan kurangkan aktiviti luar tau...take care of yourself n family...


Mudah2an jerebu ni akan berakhir secepat mungkin plus MH370 pun ditemui dengan selamatnya...mari kita doakan penumpang dan cabin crew MH370 dapat kembali ke pangkuan family tercinta....aminnn...

Event Vibrance Kegel di MYoga, The Gardens

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

Pada hari Sabtu minggu lepas, aku dijemput untuk hadir ke Event yang memperkenalkan Vibrance Kegel Device ni...actually, Vibrance Kegel Device ni dah lama dah ada di pasaran and dah lame jugak dengar pasal ni...cumanya aku tak berapa pasti kegunaan nya untuk kita ni kaum perempuan...bila dah join event ni, barulah tau banyak kegunaan rupanya...ladies!! Please baca sampai abis tau entry ni kalo nak tau ape best nya device ni...


Sampai nya di MYoga ni, memula, panaskan badan dengan buat Yoga...oh oh oh...first time kau, aku buat Yoga ni...baru lah sedar diri yang badan keras kong...jenuh jugak nak buat step2 Yoga ni...but nasib baik dia tunjukkan yang basic step jee...tapi tu pun, terkial kial...hehehe...best rupanya buat Yoga ni, rileks sangat sangat plus time buat Yoga ni kita boleh berkomunikasi dengan seluruh badan kita...and lagi best, dia tunjukkan step macam mane nak kurangkan sakit time period pain, kurangkan sakit belakang etc...



Lepas buat yoga, kitaorang semua di ceritakan mengenai Vibrance Kegel Device ni...awal awal memang terpinga pinga blank tak pasti sangat macam mane nak guna...lame lame tu baru paham...so aku share kan sikit info kat korang erk...


Vibrance Kegel Device helps you strengthen your pelvic floor muscles, leading to better bladder control, better intimate experience, and prevents back pain and pelvic organ prolapse.
7 secrets to Vibrance :
1)Inner health, outer beauty
2)Use them or you lose them
3)Squeeze and hold, be in control
4)Do it right, keep it tight
5)Twice every day, love your vajayjay
6)Challenge yourself to be stronger everyday
7)Live in confidence


A women’s ‘Hidden’ Secret…nak tau apa? Pelvic Floor Muscles…tanpa kita sedar, sebenarnya pelvic floor muscles ni tersangat la penting dalam hidup wanita, sebabnya 

“The pelvic floor muscles take up huge repsonsibilities in our important life experiences through womanhood including sexual intimacy, physical activities, pregnancy, childbirth, menopause and old age. Taking care of our pelvic floor muscles is essential to make each of these experiences enjoyable and less daunting”

Nampak tak betapa penting nya pelvic floor muscles ni…so untuk membantu kita melakukan senaman di pelvic floor muscles, tak payah susah susah pikir macam mana nak buat,  Vibrance Kegel Device ni kan ada…

Vibrance Kegel Device ni akan membantu kita buat exercise di bahagian pelvic floor muscles dengan lebih mudah dan kita sendiri takde la tersalah buat ke ape ke…nak buat sendiri boleh, tapi tak kena cara, memang tak guna la buat exercise pelvic floor muscles kan…biar lah buat dengan betul, boleh dapat hasil pun terbaik…




Vibrance Kegel Device ni akan membantu mengenalpasti muscles yg betul melalui active biofeedback…then akan ada mild vibration pulse bila diletakkan di pelvic floor muscles…if terletak di tempat lain, takkan ada lah vibration…so kita tau la kata salah tempat…bila dah selalu buat, dengan sendiri nya kita akan confident yg kita buat exercise yang betul…jimat masa…


Untuk para ibu mengandung, exercise pelvic floor muscles memang penting…boleh mengurangkan proses buang air kecil yang kerap…takyah la asyik2 ke toilet je…prevent urine leakage bila terbatuk, bersin & ketawa…menyenangkan proses bersalin…bila muscle kuat, baby nak keluar pun senang…dan yang paling paling penting, adanya exercise pelvic floor muscles, boleh la kembalikan & mengetatkan kembali apa yang longgar…ohh yaaa…untuk wanita yang dah berkahwin tapi tak ada anak lagi pun digalakkan buat senaman ni yeee…

Boleh dapatkan Vibrance Kegel Device dari www.myvkd.com atau SHINS outlets dengan harga RM498

Lepas dengar pasal Vibrance Kegel Device ni, satu pengkongsian ilmu mengenai personal branding...macam mane nak cari keunikan diri kita yang membolehkan kita dikenali dan lebih success di dalam bidang yang diceburi...nak jadi famous dan berjaya macam Steve Jobs, Tan Sri Tony Fernandes etc semuanya diterangkan dalam session ni...how to become successful with your own style...giler menarik, siap aku pikir nak apply untuk business aku lagi tau...



Sebelum tamat sesi pagi tu, blogger terkenal, fourfeetnine kongsi experience beliau dari sebelum kahwin sampai la sekarang, dah berkawin, ada anak sorang dan full time housewife...


pengkongsian yang menarik serta ada seorang tetamu jemputan ni berkongsi experience menggunakan Vibrance Kegel Device...jangan terkejut, lepas guna device ni...dia senang nak beranak...katanya device memang sangat membantu dia dalam proses sepanjang pregnant dan beranak...dan juga selepas beranak...


Now aku dah consider nak beli satu untuk diri sendiri...hehe...ye laaaa...banyak kegunaan kan...boleh guna untuk semua wanita tak kira lah dah berkahwin ke belum ke...semua boleh guna...untuk kaum lelaki, apa salahnya hadiahkan device ni untuk yang tersayang...boleh la bantu yang tersayang cantik dari dalam kan...takkan nak cantik luaran je...

For more info boleh la terjah ke FB Vibrance Kegel Device: https://www.facebook.com/myvibrance


(^_^)v

Vuvuzela & Kaitan Harga Tiket Sunway Lagoon Naik Harga

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!

rasanya ramai dah kot yang pergi Sunway Lagoon and main Vuvuzela ni...komen korang???

best or tak best??ke gayat sangat?? ke extreme sangat?

Credit picture to http://cdn.lipstiq.com/

bagi aku tak la best sangat...tapi awesome!!! memula nak naik memang cuak, bila dah naik, rasa nak naik lagi...hehe...kenangkan kena beratur panjang masa aku pergi tu plus malas dah nak menunggu lagi, aku lupakan hasrat nak repeat...

duduk 5 - 6 orang dalam satu pelampung, yang hanya ada pemegang di tepi je...memang mencabar...bila tang nak kona tu, ade gak trase gayatnye takut jatuh...tempat paling extreme, mase nak turun masuk kat lubang besar tu...tak terasa pungkoq duk kat pelampung dh oiiii...harap tangan pegang tali kuat ja...kalo dak, mau jatuh gakkk...gilaaaaaa....anak buah aku siap melayang sat tang tu...dah masuk situ, memang syok arrrr...

Credit picture to http://cdn.lipstiq.com/

keluaq dari pelampung...memang terasa puas main gelongsor ni...tak sia sia beratur panjang...

next time pi konpem aku nak main lagi!!..

ohh ohh ohh....kat tajuk entry aku de cakap pasal harga tiket kan...

terkejut sat, tengok harga tiket dari RM60 utk all park, naik sampai RM90 untuk all park...uihhhh...banyaknya naik...nak cover cost buat vuvuzela ke?


macam game per rides memang aku tak main, terasa ke'murah'an nya disitu...huhuhuh...

tiket naik harga pun, aku tetap pergi jugak sebab situ lah antara tempat boleh spend time ngan family & budak budak...kat tempat gini lah, kita yang dah dewasa ni nak jadi budak budak balik kan...sekali sekala, boleh la pergi...kalau nak selalu pi, takdan penuh duit tabung ayam, kena korek balik... :P

(^_^)v


Recipe : Smoked Salmon Salad & Egg

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

ni dinner semalam punya cerita...kita makan simple simple je untuk dinner...


nak buat ni senang je...hanya perlukan :

Smoked Salmon
Mix Salad
Telur Separuh Masak
Black Pepper
White Pepper

potong smoked salmon dalam bentuk yang kecil...gaulkan dengan salad....bubuh telur separuh masak diatas salad yg dah digaulkan...taburkan black pepper & white pepper...and terus boleh makan...

ini sekadar satu pengkongsian...smoked salmon ni korang boleh beli dimana mana supermarket...ada tiga cara nak makan smoked salmon ni....

1 - makan begitu sahaja
2 - perahkan limau diatas smoked salmon baru potong kecil kecil
3 - grill kan sedikit diatas pan dengan olive oil

cara yang no 3 ni untuk mereka yang tak lalu nak makan ikan mentah...letakkan sedikit je minyak, bagi salmon tak melekat di pan, plus tak nak salmon terlampau kering bila dah di grill kan nanti...

untuk recipe ni, aku gunakan telur separuh masak ala ala jadi sos salad...tak perlu guna thousand island ke, coleslaw ke, italian dressing ke, makan dengan telur pun sedap...aku terpikir idea ni sebab teringat kesedapan telur separuh masak dimakan dengan roti bakar, so aku twist kan sikit, makan dengan salad pulak...

senang nak buat, amik masa 5minit je...

selamat mencuba...jom diet!!

(^_^)v


Bahan Buangan Pertanian Boleh Dijadikan Sumber Elektrik

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

Setelah berkongsi pelbagai maklumat di entry sebelum ni :


Dalam entry ni, aku nak share pasal BIOMASS…yang kita sedia maklum, kita semua boleh dikatakan tahu pasal Solar Photo-Voltaic (PV)& Hydrowater sebab memang kita dah didedahkan dengan pelbagai information pasal dua benda ni, tapi untuk biomass, ramai jugak tak tau…termasuk la aku…

Setelah melakukan sedikit study plus mendengar taklimat di SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop, baru la aku paham proses biomass ni…


Seperti dalam gambar diatas, ni adalah jenis-jenis bahan buangan yang boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik…bukan ni aje, barangan yang boleh recycle seperti kertas, plastic, aluminium & kaca pun boleh dikatakan sebahagian dari bahan buangan yang dapat digunakan untuk penghasilan tenaga elektrik…


Sebab tu la ada nya program kitar semula semua barangan ni… bukan sahaja untuk selamatkan bumi tapi boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu yang boleh digunakan oleh orang ramai…dan ini adalah salah satu cara untuk menjimatkan kos dalam penghasilan tenaga elektrik…


Kaedah biomass ni boleh dikatakan sangat sangat la berguna untuk para petani khususnya…kenapa aku kata begitu? Ye lah…barang buangan dari hasil pertanian mahupun peternakan, dikutip dan diprocess menggunakan Biomass processing plant, dapat menjanakan tenaga elektrik…

Daripada kita buang je hampas tu, tak direcycle semula, dah rugi kat situ…boleh dapat dua income tau…satu, dari hasil jualan pertanian dan peternakan, and satu lagi, dari penjanaan tenaga elektrik…

Jika dibiarkan hampas tu begitu sahaja, hampas tu akan bebaskan CO2, then pokok akan serap CO2 ini untuk pertumbuhan semula…proses yang sama akan berulang ulang…hanya satu je fungsi hampas ni…mengeluarkan CO2, dan berikan kembali pada pokok-pokok…sedangkan, jika hampas hampas ini dibakar dan diproses, akan menghasilkan tenaga elektrik dan pada masa yg sama, masih mengeluarkan CO2 untuk kegunaan pokok pokok, dah mencapai dua fungsi disitu…

Kaedah ni amat menjimatkan kerana kita menggunakan hasil buangan, tak perlu barangan baru, tak perlu keluarkan wang untuk dapatkannya…begitu juga dengan barang barang recycle…kita memang dah beli barangan tu, dari buang begitu sahaja, baik berikan pada recycle center, mereka akan proses kannya, barang boleh digunakan semula, malah dapat menghasilkan tenaga elektrik semasa memproses barang tersebut menjadi barangan baru…juga mencapai dua fungsi…

Jadi, daripada kita membuangnya sesuka hati…baiklah kita berikan pada pihak tertentu, supaya dapat menjimatkan wang dalam menghasilkan tenaga elektrik…bahkan dapat selamatkan bumi kita…go green guys!

(^_^)v


Health Review : iEnzyme Plus

$
0
0

Assalamualaikum & hi!!!


agak-agak korang, apakah benda dalam sachet color silver tu?jeng jeng jeng...


ni haaa benda nya...iEnzyme Plus with NSK-SD Nattokinase...minuman yang membantu sistem penghadaman dan circulation function dalam tubuh kita...

untuk informasi lebih lanjut, boleh la baca kat bawah ni :







sesuai sangat diambil selepas makan makanan yang berminyak, berlemak, berdaging, bergoreng dan sebagainya....


datang dalam bentuk serbuk...sekali minum, 1 sachet dibancuh dengan air suam ataupun air sejuk kosong...


rasanya...hmmm...sedap...rasa blackcurrant...macam minum air ribena pun ye jugak...hehe...takde la rasa pelik pelik ke...rasa pahit ke...memang sedap...

actually iEnzyme Plus ni boleh diamik pada bila bila masa...kalo macam korang rasa makan banyak sangat makanan...boleh la amik minuman ni, at least membantu la sistem penghadaman untuk digest sempurna ape yang korang makan tu kan...

macam aku, ade aritu sekali, aku melantak banyak sangat daging, balik rumah bancuh and minum...rasa makanan yang diamik tu dihadam sempurna...takde la rasa macam makanan tak proper digest ke ape ke...perut pun selesa...tak lah rasa penuh semacam...

lagi satu, bila consume benda ni, rasa macam tak bersalah sangat bila makan banyak...hehehe...boleh gitu...

untuk makluman, ia bukan nya minuman untuk kurus ye...haaa...tu kena tau...ia adalah minuman untuk membantu penghadaman...tu je...

rating diberi 4/5...

boleh dibeli dan didapati di http://www.hishop.my/ienzyme


berita baik untuk yang nak mencuba iEnzyme Plus ni, ada special rebate for you....dengan masukkan

ENZY14

korang boleh dapat rebate RM20 with minimum purchase RM99...special rebate ni valid sehingga 30 April 2014..

jom layari Hishop di :

Subscribe : http://www.hishop.my/subscribe untuk dapatkan the latest & exclusive updates

(^_^)v


Coach Murah, Perfume Murah, Segalanya Murah

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

sekian lama menyendiri sampaikan nak tulis apa kat blog pun kena pikir panjang...huuuuuuu...

tapi aku nak share jugak jugak sesuatu yang diusahakan dalam seminggu dua tiga ni...siang malam mengadap benda ni...alhamdulillah, sikit demi sikit selesai...tapi banyak lagi yang perlu dibuat...belum tiba masa nya lagi untuk berehat....harus berusaha lebih keras lagi...korang terus menyokong daku erkkk...


Finally, setelah sekian lama...akhirnya aku dapat bawa masuk barangan yang femes amos ni yang boleh kata ramai peminatnya kat sini termasuk aku - COACH...beli terus dari USA okehhh...bukan beli di tempat lain or negara lain...so jangan ditanya original ke tak...memang original la...beli dari US tauuu...bukan tu sahaja, ada MICHAEL KORS, KATE SPADE, FOSSIL dan banyak lagi brand...

Coach Handbag, wallet, wrislet, lanyard etc

Customer Special Order - Michael Kors

Kate Spade Handbag

selain tu, ada jugak barangan BATH & BODY WORKS...brand ni pun femes kat sana...ada hand sanitizer, body mist, room mist, candles and macam-macam lagi la...bau nya...memang sedap...sampaikan ada terasa macam nak makan pun ada...

Bath & Body Works Pocketbac Hand Sanitizer

Bath & Body Works Fine Fragrance Mist

dan yang pastinya, PERFUME...original...confirm murah dari kaunter...nak perfume macam mana, yang berkotak baru...yang tester...yang miniature kecik kecik comey lote tu...nak perfume set...body lotion...semua ada lah...cakap je, insyaAllah ada barangnya...

Perfume New In Box

Tester New In Box - Bvlgari Omnia Coral

Paco Rabbane Million Set

Chanel Body Lotion & Body Mist

kat online shop aku ni, boleh kata semua yang related ngan wangian dan kecantikan, insyaAllah ada dijual...harga dijamin termurah di pasaran...kalo korang repeat customer ku, akan ada special price...harga kasih sayang muah muah tau...

Clarins Double Serum

Clinique Set

Estee Lauder Set

jemput lah singgah ke FB, Blog & IG Pretty Scentses

IG : pretty_scentses
Email : pretty.scentses@yahoo.com
No HP : 013-3119641 or 012-5346258

jangan malu malu, jangan segan segan...whatsapp je kita...nanti kita reply...jangan lupa singgah tau!!!

(^_^)v


Beauty Review : b.Liv Off With Those Heads

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

whiteheads & blackheads memang sesuatu yang tak dijemput untuk menjengah ke muka...bila muncul je, mula la tangan ni gatal nak picit picit buang...tak suka tak suka...rasa muka tak licin...rasa bijik bijik je kat muka ni...

kalo picit buang, adoyaiiii...sakitnya...rasa macam nak patah tulang hidung...pastu konpem hidung dah macam hidung clown...merah merah...huhuhu...


dengan b.liv Off With Those Heads, boleh say bye bye to hidung clown...yippie!!!


This sebum gel extracts white- and blackheads with ease - without the need to painfully squeeze. 
Off With Those Heads removes white & blackheads without violence or pain, and stops them from appearing ever again. The gel softens the clog blocking your pores, allowing for effortless extraction and removal of all sores. Its essence ingredients keep oil secretions under control, and skin irritation will never again rule!

b.liv by Cellnique Off With Those Heads datang dengan packaging classy...


botolnya pun dibuat dari material yang tak mudah pecah bila jatuh...kecik, nak simpan di bahagian mekap pun senang...

pump nya pun just nice...dua tiga kali pump, cukup untuk sapu di bahagian T-zone dan selebihnya di bahagian muka yang lain...




datang dalam bentuk gel yang mudah meresap ke dalam kulit...dua tiga pump untuk sapu di muka...korang boleh pump ikut kuantiti yang korang nak...


sapu di muka selepas muka dibersihkan dan dikeringkan...pakai dua kali sehari...lepas apply ni, baru bleh pakai serum dan pelembap muka dan sebagainya...

macam aku, aku bukan saja apply kat T-zone, aku bubuh sekali kat pipi...sebab pipi ku memang banyak whiteheads...

before - tak pakai ape ape
after - dah sapu gel ke muka

sapu je kat muka..terasa sejuk di muka...terasa macam ia tengah gerak gerak masuk ke dalam kulit...makin lama makin terasa seperti cubaan liang pori untuk mengecil...ia meresap pun agak cepat jugak...so tak perlu menunggu lama untuk dia meresap ke dalam kulit...

bau nya...aku agak kurang gemar sebab macam bau ubat...heehehehe...tapi sekejap je bau tu, bila dah meresap dalam kulit, takde bau ape dah...

so far aku dah pakai beberapa hari ni, terasa liang pori mengecil...muka aku tak ada lah berminyak mana pun...blackheads and whiteheads nampak kurang...muka makin licin...tu yang bestnya...

rating : 4.5/5

aku suka produk ni, cuma kurang ke bau nya...dalam 14 hari dijamin akan nampak kesannya...tapi aku pakai 4 5 hari ni pun dah nampak kesan...apatah lagi 14 hari...

aku memang suggest korang yang banyak blackheads mencuba produk ni...produk ni boleh didapati di HiShop : http://www.hishop.my/b-liv-by-cellnique

Price : RM139 for 30ml& RM179.90 for 45ml

khas untuk pembaca Alyza Fisol yang ingin mencuba b.Liv Off With Those Heads ni, ade special rebate RM20 for you...masukkan kod BLIV2014...code valid sehingga 30 April 2014...dengan syarat setiap pembelian hendaklah melebihi RM99...

jom layari Hishop di :

Subscribe : http://www.hishop.my/subscribe untuk dapatkan the latest & exclusive updates

(^_^)v



Beauty Review : b.liv by Cellnique Absolute Matte

$
0
0

Assalamualaikum & Hi...



sebelum ni, aku dah review pasal b.liv by Cellnique Off With Those Heads...arini aku review pasal b.liv by Cellnique Absolute Matte plak...

Clarifying Mask with Active Charcoal Mask Sheet (Refreshing Type)
For oiliness Main benefits: Oil Control + Clarifying + Hydrating
This innovative skin-saver is all you need to lift away impurities and excess sebum, leaving the skin clear, balanced and fabulously glowing.

wuuuhuuuuu...for oiliness, aiii like..walaupun muka aku combination, tapi ada masanya muka aku berminyak especially time Miss P say hai hai...time tu...muka aku...dari jauh dah berkilat kilat...


Active Ingredients:
Retinyl Palmitate Regulate sebum secretion and stimulate skin regeneration.
Zinc Sulfate Combat excess sebum, control surface shine while clarifying the complexion.
Willow Bark Extract Used as exfoliants to lift away impurities, with blemish-control properties. 

Ingredient list:
Purified Water (Aqua), Propylene Glycol, Witch Hazel (Hamamelis virginiana) Leaves Extract, Peppermint (Mentha piperita) Leaf Water, Xanthan Gum, Phenoxyethanol, Chlorphenesin, Butylene Glycol, German Iris (Iris florentina) Root Extract, Allantoin, Sodium Polyglutamate, PPG-26-Buteth-26, PEG-40 Hydrogenated Castor oil, Amur Cork (Phellodendron amurense) Bark Extract, Dipotassium Glycyrrhizate, Ethylhexylglycerin, Menthyl Lactate, Glycolic Acid, Zinc Sulfate, PEG-60 Hydrogeneted Castor Oil, Chamomile (Chamomilla recutita) Flower Extract, Vitamin A (Retinyl Palmitate), Baikal Skullcap (Scutellaria baicalensis) Root Extract, Willow (Salix alba) Bark Extract, Chinese Foxglove (Rehmannia glutinosa) Root Extract, White Cedar (Melia azadirachta) Leaf Extract, Heartleaf (Houttuynia cordata) Extract, Soy (Glycine soja) Protein, Alcohol, Sodium Hyaluronate, Tea Tree (Melaleuca alternifolia) Leaf Oil, Glyceryl Caprylate, Menthol, Aloe Vera (Aloe barbadensis) Leaf Extract, O-CYMEN-5-OL


Direction: Leave the mask for 15 minutes. Gently massage the remaining essence for 30 seconds, leave it for another 30 seconds for complete absorption.

simple instruction, tak peningkan kepala...terus pakai and relaks and tunggu je result nya....sambil tunggu tu, boleh la main candy crush sampai habis nyawa...hehehe

if katakanlah korang nak pakai sebelum pergi keje pun sempat, sebab ia cuma amik masa dalam 16 minit jeee...bersihkan muka, sebelum pakai serum & moisturiser tu, tempekkan mask dulu...lepas dah settle semuanya, baru lah boleh letakkan segala serum moisturiser sun block bagai...

dah ghupa ninja mana dah

letak je di muka, terasa sejuk nyaman and muka terus rasa relaks...even serum tu pun cepat je absorb ke dalam muka kita...masa nak tanggalkan dari muka, tak kering pun mask ni walaupun letak di muka lebih 15minit, tu yang buat aku suka...lepas dah buangkan...slowly dab dab seluruh muka bagi serum tu absorb semuanya ke muka...biarkan seketika...then continue with normal routine...sebab tu aku kata kat atas tadi, simple instruction je nak pakai mask ni...

without any makeup, selepas guna Absolute Matte Mask

hasilnya...muka terasa bersih...licin...feeling fresh and paling best, terasa muka sendiri berseri-seri...

rating : 4.5/5

boleh dapatkan produk ni di HiShop : http://www.hishop.my/b-liv-by-cellnique

Price : RM49.90 for 7pieces mask

khas untuk pembaca Alyza Fisol yang ingin mencuba b.liv by Cellnique Absolute Matte ni, ade special rebate RM20 for you...masukkan kod BLIV2014...code valid sehingga 30 April 2014...dengan syarat setiap pembelian hendaklah melebihi RM99...

jom layari Hishop di :

Subscribe : http://www.hishop.my/subscribe untuk dapatkan the latest & exclusive updates

(^_^)v


Anak Kembar untuk diambil sebagai Anak Angkat

$
0
0


Assalamualaikum & Hi!!

arini aku terasa hampir semua group whatsapp aku dapat mesej pasal anak kembar untuk diambil sebagai anak angkat....mula2 dapat mesej tu, macam 50-50 je nak percaya sebab takde gambar and mesej yg agak meragukan...


and then, seseorang telah share di FB, kisah sebenarnya...


kawan-kawan, sila lah berhati-hati...zaman sekarang macam macam cara diaorang gunakan untuk dapat duit...dah tau ramai yang terdesak nak anak, diamik kesempatan untuk kikis duit orang yg tak bersalah...manusia oh manusia...mudahnya nak dapat duit zaman sekarang ni yeeeee....

haishhh...banyak lagi cara nak dapatkan duit, bukannya dengan menipu orang...tak baik tauuuu...untuk pasangan yang takde anak macam aku yang inginkan anak angkat, seeloknya, pergi lah ke tempat2 yang sepatutnya...aku memang tak mahir dalam bab amik anak angkat ni...boleh la refer pada yang pakar ye...

cuma nak pesan, jangan cepat melatah dan percaya dengan mesej macam ni, selidik dulu...

cerdik sungguh orang yang nak menipu ni kan....ehhhh...nak tipu kena la cerdik kannnn...dia tau orang Malaysia ni sangat prihatin, akan share forward mesej macam ni ke semua orang...and dalam sejam dua dah tentu ada beberapa orang yg akan berminat nak amik anak, then mula lah sindiket penipuan lakonan dan sebagainya....clever....so clever....

dulu, aku pernah share sindiket penipuan takaful amanah, refer entry ni :- http://www.lyzafisol.com/2011/05/takaful-amanah-tu-tipu.html

pastu penipuan pasal pinjaman yang menggunakan no AmBank...yang kes ni laki aku kena....

paling latest pasal Umrah pulak...mengejutkan sebab gunakan ibadat sebagai taktik nak menipu...hanya mampu mengucap dan istighfar banyak2...

papepun, berhati-hati lah...pesan pada keluarga dan member2 korang pasal ni hokehhh...

(^_^)v


Food Review : U-Cafe Restaurant, Wangsa Walk

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

Restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan, dari makanan melayu, ke chinese, sampai lah ke Jepun, terbang ke Barat...


kalo tengok ke namanya, kita akan mesti akan berkata "Mesti restoran jual makanan western je ni"...ohhhh, anda silap...masuk dulu ke dalam restorannya...tengok dulu list menu nya...mau terkedu terkejut tak sangka macam macam makanan ada...


kena dengan tema nya "Malaysian's Favourite Fusion Restaurant", banyak makanan favorite plus makanan yg di"fusion"kan untuk mengikut citarasa tekak orang Malaysia....

U-Cafe ini dimiliki oleh seorang Chinese, but but jangan risau, U-Cafe di Wangsa Walk ni ada sijil halal yeee...aku dah pastikan dah pun...

Jonathan & Rachel (Manager U-Cafe Wangsa Walk)
U-Cafe ada dua cawangan, restoran pertamanya di Sungai Wang, dan yang keduanya di Wangsa Walk....for your information, U-Cafe di Sungai Wang hanyalah Pork Free yee...yang ada sijil halal, U-Cafe Wangsa Walk sahaja...mohon jangan konfius wahai pembaca sekalian...

Keadaan restoran nya yang sangat santai, cozy, selesa membolehkan kita ke sana untuk melepak lepak, gathering ngan keluarga or kawan kawan...even nak buat makan makan ala catering pun boleh...mereka menerima tempahan catering...yang paling best, kalo buat event disitu, decoration akan difully sponsored by U-Cafe...ada indoor and outdoor, buat yang merokok, boleh pilih  tempat duduk outdoor yang berpanorama kan kawasan parking Wangsa Walk...


nampak tak nampak tak...betapa banyaknya makanan yang ada kat sini....tu baru senarai sikit, tengok menu mau ternganga mulut korang sebab banyak sangat makanannya...hehehe...

kita mulakan dengan order minuman dulu....harus order House Specialities, baru la syokkkk...


memula nak order Chocolate Banana Shake RM9.90, tapi kenangkan kang aku minum air ni, mau aku tak leh nak sumbat makanan macam macam...terus tak jadi order...order air lain...tapi bila nampak waiter hidangkan kat Wiida, haishhh, rasa nyesal plak tak order...huhuhu...next time je laaaaaa....

U Fresh Lemon Honey Drink, RM8.90
first time aku minum air bubuh buah anggur...sampai je air, anggur yang habis dulu....air nye lambat lambat minumnya...hehehe...rasanya hampir sama seperti Lemon Honey biasa tu but ada rasa unik sebab ada anggur dan buah belimbing...recommended sangat! 

Lemonade Ocean, RM8.90

Shirley Temple, RM8.90
Lemonade Ocean air yang diorder oleh en.osbon while Shirley Temple diorder oleh Rawlins Glam...

Tarik nafas....mari mulakan dengan makanan pencuci mulut, kemudian makanan western, then makanan melayu, jepun dan fusion...

Combo Platter, RM26.90
sesuai dimakan beramai-ramai sementara nak menunggu main dish...

Popcorn Chicken Green Salad, RM14.90
rasa-rasa nak diet, boleh la makan salad ni...sos salad yang dibuat sendiri, sedap sangat...buat kita rasa nak makan lagi dan lagi dan lagi...dari tak suka makan salad pun boleh suka makan, sebab sos yang digaulkan tu sedap...hehehe...ditambah pulak dengan kerangupan chicken popcorn tu, kerangupan daun salad, memang very the best combination...

Spaghetti Aglio-Olio With Seafood, RM26.90
untuk peminat western, dua menu ni tersangat lah sesuai...yang suka kan light spaghetti without heavy gravy...Spaghetti Aglio-Olio memang sesuai...spaghetti yang dimakan dengan kemanisan seafood, tak pedas, tak kering sangat...

Classic Chicken Cabonara, RM18.90
buat pencinta cheese seperti aku...memang aku tala ni dulu...hahaha....sos nya yang cheezy and tak muak tu boleh buat aku habis sepinggan makan sorang...haha...ayam yang juicy menambahkan keenakan spaghetti cabonara ni...

Nasi Lemak, RM13.90
Nasi nya yang cukup lemak (tapi tak la sampai tahap, pas makan terus ngantok...orang kata just nice je lemaknya), dimakan pula dengan Rendang Ayam, plus ada kerabu mangga dan sayur goreng, melengkapkan nasi lemak ni...bukan sekadar nasi lemak biasa yang dihidangkan dengan sambal sotong ke sambal kerang ke....diberi kelainan dengan sentuhan rendang & kerabu mangga...

Nasi Bojori, RM13.90
bukan adik beradik nasi lemak ye...nasi putih lembut yang dihidangkan dengan kerabu mangga, sayur goreng dan ayam goreng yang super rangup...

Fried Rice in Japanese Style, RM7.90
sesampainya pinggan ni di depan aku....wow, rasa macam makan kat hotel...cantik sungguh deco nya...terus fefeeling makan mewah di hotel....hehehehe...kuat berangan betulll...

nasi goreng cina disajikan bersama dengan udang, sotong merah jepun, salmon dan telur ikan...sedap...satu sajian yang unik, yang tak pernah kita jumpa disini lagi...

Chef Pumpkin Rice with Chicken Chop, RM17.90
terbuntang mata jap...amik kau...sebiji labu depan mata...selama ni duk nampak nenas je...hahah...anyway, labu ni boleh makan sama dengan nasi...chicken chop itu sangat sedap...rempah ratus yang diperap dan dibakar sempurna, masih ada juice ayam...sedap nyum nyum....

Stir Stewed Chicken with Three Cups Sauce (Big), RM20.90
sesuai dimakan 3-4 orang sebab portion banyak...bukan ayam kicap biasa biasa ye...makan dengan nasi panas, memang kick...

Fried Prawn with Salted Egg-yolk (Big), RM38.90
ni feberet aku....paling suka fried prawn ni...tak masin, manis, crunchy....tak cukup satu oiiii...

Fried Prawn with Salted Egg-yolk & Season Vegetables in Yam Baskets Rice, RM20.90
paling menarik hidangan ni, yam baskets tu...makan tanpa nasi pun sedap...hehe...menarik betoi dia buat keladi jadikan bentuk bakul isi sayur sayur kat dalam...

Fried Kailan with Salted Fish, RM13.90

rasa-rasa tak nak makan nasi, pelbagai jenis local mee pun ada...

Penang Curry Laksa, RM13.90

Penang Char Kway Teow, RM10.90

Pan Fried Kway Teow with Beef, RM10.90

Fried Vermicelli with Sambal Sauce & Mussel, RM17.90

Stir Fried Glass Noodle with Soft Shell Crab, RM17.90

haishhhh...tengok gambar makanan ni, terasa nak terjah lagi sekali...korang, jom kita gi makan...bayar sendiri sendiri erk...heeeee...

bagi aku, restoran U-Cafe ni menyajikan makanan dengan harga yang sangat berpatutan...korang nampak je harga belas belas, tapi portionnya banyak...boleh buat makan ramai-ramai...disini pula, ada makanan untuk single person, ade untuk family...kiranya nak buat makan besar disini memang tiada masalah...

service nya memang tiptop...tak perlu nak tunggu lama untuk dapatkan makanan & minuman...tempat bersih...selesa...staff yang friendly...memang recommend korang datang sini makan bersama yang tersayang...

nak dinner romantik pun sesuai je kat sini...suasana yang cozy takde hiruk piruk...bleh sangat loving loving ngan en.osbon...

Ini adalah Lokasi U-Cafe di Wangsa Walk...boleh call no berkenaan untuk sebarang tempahan...

Alamat U-Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue
No9 Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 4131 9686
019 3133 668 Rachel
FB : U-Cafe

yang paling best, makan makanan yang super banyak ni dengan teman blogger...bukan takat kenyang makanan, kenyang angin sama sebab asyik gelak...hahahahha...uollsss memang the best tau!!!

Gambar di amik dari Innanie
terima kasih banyak banyak to Jonathan, Rachel & Blogger Ieda atas jemputan ini...

I is super duper kenyang on that day plus makin bam bam daku...heheheheh...

(^_^)v


Rutin Harian, 3 Jenis Serum di Muka

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

Setiap pagi hampir setiap hari, ni la sebahagian rutin penjagaan muka aku....nak kata cantik sangat, idak lerrr...janji sedap mata suami memandang kan...hikss ;)


setiap pagi selepas pakai toner...aku akan tempek ketiga-tiga serum ni di muka...

mula dengan b.liv by cellnique off with those heads


serum ni aku lebih fokuskan pada bahagian T-Zone dan jugak di hidung dimana tempat yang banyak whiteheads & blackheads...satu pump cukup untuk cover bahagian ini sahaja...

review b.liv by cellnique off with those heads boleh baca disini...


Clarins White Plus All Spots Brightening Corrector ni akan dipakai dikawasan yang banyak jeragat...especially di bahagian pipi dan jugak yang berdekatan dengan area mata...tujuannya untuk menghilangkan jeragat/pigmentation di muka...nanti aku buat satu entry khas review corrector ni ye...alhamdulillah sejak pakai ni, kurang dah sikit pigmentation...


Clarins Shaping Facial Lift ni aku pakai seluruh muka sambil buat beberapa exercise muka...tujuannya nak membuang lemak-lemak dimuka...especially double chin...hehehe...satu drop sebesar sepuluh sen, cukup untuk cover seluruh muka...

mesti korang tertanya, ape hal la aku rajin bebenor nak pakai serum satu persatu kan...kalo dapat all-in-one kan lagi menyenangkan...yeeeee...memang menyenangkan...tapi sebab aku nak fokus satu satu kawasan, maka nya terpaksa separate...lagipun ketiga-tiga serum ni cepat serap ke dalam muka...dalam seminit dua dah setel pakai ketiga-tiga serum ni...

setakat sekarang ni aku mengamalkan pakai serum sekaligus tiga, nampak kesannya...macam corrector tu aku dah pakai lebih 2 bulan...nampak kesan sedikit demi sedikit...yang off with those heads tu aku dah pakai sebulan, hilang dah blackheads & whiteheads...pakai shaping facial lift, rasa kurang sikit lemak lemak dimuka...hehe...

beauty consultant aku ada bagitau, kita boleh pakai 3 jenis serum muka sekaligus di muka...tujuannya, untuk nampak kesan dalam tempoh yang singkat...so, aku follow la cakap dia...memang menjadi...

ohh yaaa...serum ni boleh digabungkan ngan apa saja serum as long as korang tau tujuannya untuk apa...tumpukan pada kawasan yang nak diperbaiki...dan tunggu la hasilnya...nak cantik kena usaha sikit kannnn...

insyaAllah soon or later, aku akan kongsikan tips macam mana aku nak tau sesuatu produk tu berkesan ke tak di kulitku dengan cara yang menjimatkan...

(^_^)v

Bila Nak Ada Anak??Bila dan Bila??

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!


ade seorang sahabat share di Fb....alyza pun baca lah...ohh memang terjadi kat diri sendiri...and rasanya setiap orang akan kena benda yang sama...tak terkecuali sorang mungkin...tapi kan, siapa yang tak pernah kena tu, anda memang bertuah tau....

korang perasan tak, persoalan "Bila nak...." tu sentiasa ada dari kecik sampai la dah besar panjang and bersambung sampai ke tua...

bermula dari umur 3 4 tahun, time ni mana nak perasan kannn...sesetengah orang nak berkata sesuatu, nak perli mungkin or apa apa je la, tapi menggunakan kita yang masih budak kecik sebagai medium perantaraan...

"kakak, bila nak ada adik?" sambil memandang mak ayah budak yang ditanya tu...dah budak kan, memang tak layan or muka blur tak paham or jawab tak nak or jawab tak tau...tapi mak ayah kita mungkin tersentap dengan soalan tu...pura pura senyum dihadapan anaknya dan orang yg bertanya....

masuk zaman persekolahan...persoalan bila nak tu terhenti sekejap...tapi lebih kepada compare anak siapa lagi hebat di sekolah...anak ko tak hebat, memang kena perli manjang....anak ko hebat, memang dipuji dipuja...

berpanjangan sampai masuk universiti, compare tu compare ini tak berhenti...habis je belajar...persoalan bila nak tu pun bermula kembali....

"Bila nak keje??" akan bersambung ngan ayat "keje kat mana?Company mana?"...padahal time tu, kita masih mencari cari keje dan berusaha attend interview itu ini sana sini...jalan sana jalan sini...hantar resume...sekali pergi pejabat pos, bersampul sampul resume diposkan...pergi job fair, bagi resume...rezeki nak dapat keje belum tiba, orang sekeliling yang terlebih 'concern' pulak yang duk bertanya tanya...kalo mak ayah tanya takpe, sebab mak ayah kita risau...tapi kalo ko malas cari keje, tu issue lain...sendiri yang tak nak, memang la asyik kena je la soalan macam ni...hadap je la...

dah start keje, umur dah meningkat sikit...setakat setahun dua meningkat naik, soalan ni pulak kena hadap..."Bila nak kawin???"...balik kampung attend kenduri sedara mara, kawan kawan or sesiapa sahaja...jumpa je, soalan ni yang keluar...pastu ada pulak yang kata tak laku la, jual mahal sangat la, bandingkan anak anak dia dah kawin awal semua la...pelbagai kata kata perbuatan yang perlu dihadapi hanya kerana belum kawin lagi...kalo dah jodoh belum sampai, macam mana nak kawin...kalo lah boleh petik jari je, jodoh muncul depan mata, la la tu jugak boleh kawin...kadang-kadang, orang sebegini ingat diaorang ni tak nak kawin ke...siapa yang tak nak kawin...semua orang nak kawin and hidup berpasangan...dah jodoh belum sampai, acaner nak kawin...

bila dah kawin...sebulan dua dah ditanya soalan, "Bila nak ada anak??"...haishhh...macam la kawin kawin boleh terus dapat anak kan...takde pun tertulis dimana mana, kawin je, terus dapat anak...setiap orang dah ditentukan rezeki anak nya...yang paling stress bila dapat ayat macam ni..."aku dah nak masuk dua, ko bila lagi?"...tak tau nak cakap apa, hati dah memang sakit rasa macam dipanah petir kena ayat macam tu...tahun demi tahun...soalan tu tak pernah putus...ditanya dan ditanya secara berterusan sampai kadang kadang rasa macam down gilaa...stress...korang ingat kitaorang yang takde anak ni, tak teringin ke...hati sayu je bila tengok orang lain bergembira dengan anak masing-masing...kadang kala menumpang kasih anak orang lain sebab dah belum ada rezeki nak ada anak sendiri...korang ingat, kitaorang tahu ke bila kitaorang akan ada anak...usaha tetap usaha...mungkin ganjarannya belum tiba lagi...so tak payah la tanya soalan yang korang sendiri tau takde jawapan...

bila dah ade seorang anak, ditanya pulak bila nak tambah...soalan demi soalan ditanyakan pada kita...seolah olah kita tau ape yang dicatatkan untuk diri kita...

bila anak makin membesar...ditanya pulak, bila nak ada menantu...bila nak ada cucu...bila nak ada itu, bila nak ada ini...never ending questions....sigh!

kadang kala lyza rasakan hidup ni umpama perlumbaan, bekejar kejar nak buktikan siapa lagi hebat...

hidup ini tak perlu nak berlumba lumba...bukan ada award pun kalo menang...baik hidup happy happy...senangkan diri sendiri dan keluarga...doa yang baik baik buat keluarga, sahabat dan seluruh umat manusia...itu yang sebaiknya...bukan nya bertanya dan perli perli, bukti itu bukti ini...rezeki setiap orang lain lain kan...doakan yang terbaik untuk semua...

entry ni sekadar luahan hati ku dan jugak pemerhatian lyza...ade yang berlaku pada lyza dan ada yang tak...cuma nak buka mata sesetengah orang yang suka sangat bagi neverending questions ni...kita tanya soalan lain pulak boleh?

*peringatan jugak buat diri sendiri dan sahabat supaya sentiasa beringat dengan keadaan sebegini...issue ni sangat sensitif, haruslah berwaspada jangan sampai terpijak periuk api...


(^_^)v


Fun In The Sun with Kiehl's Malaysia & The Butterfly Project

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!

Terpandang ini...terus hati meronta nak join...walaupun tengah bercuti, nak jugak join sbb nak jumpa butterflies plus nak kenal lebih dekat Kiehl's....


1) Why do you need 24 hours no-shine fresh hydration?
Setiap hari pergi keje lyza memang naik moto...terdedah dengan habuk, cahaya matahari...harapkan visor helmet je menutup muka sedikit...dah sampai opis, terdedah dengan aircond yg kuat...muka jadi makin kering dan kering...jeragat usah kata memang bertambah...muka jarang nampak lembap sebab dah terdedah ngan faktor faktor ini...sampaikan ade masa tak confident jadinya...


lyza perlukan sesuatu utk mengembalikan muka bersinar dan sehat supaya dapat berada di hadapan org dgn lebih confident....yg tersangat penting, my skin look moisture from morning till night...apabila kulit muka kita kering dan tidak bermaya, lebih cenderung untuk menampakkan wajah kita tua dari usia...huhu...tiada siapa nak macam tu kan...of course nak look younger all the time rite!

2) what do you love about Kiehl's?
Free sample plus superb explanation about products....setiap kali singgah Kiehl's, suka mencuba produk nya sebab dapat explanation yang terang dan beauty assistant yg memang membantu....mereka tak pernah mengharap kita membeli..lebih kepada kita try and puas hati dengan produknya baru la selesa utk membeli...lyza suka concept tu sebab tiada paksaan membeli...kita pun masuk kedai tak rasa takut or tak selesa...they always make us comfortable at their shops...very friendly and murah with senyuman...one more thing yg lyza suka mengenai Kiehl's ni, mereka lebih mementingkan quality dan menghasilkan product yang awesome...

Sample yang dapat dari Kiehl's One Utama

I hope I can be selected and spend more time with butterflies & Kiehl's....learn more and more about the products...

Choose me pleaseeeeee....hehehhe (^_^)v


Tips Jimat : Membeli Produk Kecantikan & Free Sample

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!

dalam entry ni, lyza tetiba terasa berkongsi tips yang lyza sendiri selalu buat dalam menjimatkan duit poket sambil memakai barang yang best yang berjenama terkenal...korang boleh cuba buat, bab malu ke tak malu ke, kena tolak tepi...gunakan peluang yang ada depan mata...


1) Sentiasa ALERT dengan promotion di Media Sosial
kalo korang perasan, hampir banyak brand skincare yang menawarkan free sample untuk digunakan dalam masa 3 hari or 7 hari or beberapa hari lah...ape yang korang perlu buat, just masukkan detail and tempat yang nak claim free sample tu...lyza memang selalu buat begitu...ade je promotion, terus buat...ready to amik di mana sahaja kaunter yang berdekatan...and kerap jugak brand yang sama buat promotion item yang sama pada waktu yang berlainan...naik je promo, terus grab...boleh dapat sample yang sama lebih sikit...


contoh macam kat bawah ni...Estee Lauder berikan sample NEW NUTRITIOUS ROSY PRISM COLLECTION TO REVIVE YOUR ROSY SKIN...isi je form ni then submit...dapat email or sms, pergi collect...


actually, 1 sachet ni, boleh pakai 2 3 4 kali...tak payah pakai banyak banyak...cukup amount 10 sen or 20 sen, sapu satu muka...boleh rujuk dengan beauty assistant mase amik sample tu...tanya lah ape ape pun...biar paham fungsinya sekali yee, jangan main amik, pakai suka hati, make sure tahu produk itu ape tujuan dan fokusnya...


2) Beli Magazine yang berikan FREE GIFT yang menarik
macam baru baru ini, lyza beli majalah CLEO...sebab ade free gift yang tersangat best...dapat The Body Shop 4-Step Smoky Eyes yang bernilai RM99...tapi beli magazine dengan harga RM30 je...rasa berbaloi tak? resit majalah boleh guna buat tolak income tax...


limited stocks available at selected bookstores...memang laju je pergi grab...siap reserve kan lagi...bila diberi free gift macam ni, memang berbaloi sebab tak perlu nak beli dengan harga sebenar...jimat dah kan kat situ...kena la rajin intai intai bookstores tengok the latest magazine, apa free gift yang diaorang bagi...bukan tu je, rajin rajin la singgah kat blog beauty blogger...diaorang ni lagi laju inform reader pasal free gift ni... :)

ohhh lagi satu, baru teringat...check sama kupon di iklan produk kecantikan ni...selalunya dalam majalah, mesti ada 2 3 brand yang mintak kita potong kupon tu untuk claim samples...


contoh macam produk Guerlain ni...satu sachet ada dalam magazine, satu lagi dia bagi kupon...pergi kaunter, dengar lah consultation dari beauty assistant, then dapat la sample tambahan...surprisingly, mase lyza collect ni, baru tau 2 sample ni worth RM150...ternganga mulut ku...terkebil kebil mata...tak percaya boleh dapat sample semahal ini...free je tau...


3) Beli Produk ketika SALES
Beli mekap time tengah sales...kat Malaysia ni boleh kata kerap jugak ada sales nya, mega sales la, GP sales la, tu tak campur sales musim perayaan...online beauty store pun kadang kadang ada buat sales...berbalik pada tips no 1, sentiasa alert dengan announcement....

*paling suka time Sephora buat sales 20%, macam macam lyza grab...hahaha...

Pastu beli lah produk yang ada concept point collection...cukup point dah kutip, boleh redeem barang...contohnya macam Clarins, beli and kutip points...cukup time and cukup point, boleh redeem barang more than RM100...ikut level points...kadang kadang boleh redeem barang more than RM400...

atau pun, beli ketika Voucher Day...boleh kata AEON tiap tiap bulan ade voucher day...korang boleh beli time voucher day spend RM100 dapat RM10 voucher, ataupun nak lagi berbaloi time voucher day spend RM350 dapat RM50 voucher...lyza suka beli time voucher day sebab dah ada penjimatan disitu...voucher boleh guna buat beli barang dapur...


4) Beli Produk yang FREE GIFT nye menarik
kadang kala bila lyza nak kan sesuatu produk tu, lyza bukan sahaja tengok time sales, lyza jugak suka tengok ape promotion time tu...Beli satu produk, dapat free gift 3 4...ataupun macam Clinique, suka buat spend RM350, dapat 7 free gift...haaa...beli time gini berbaloi jugak sebab dapat barang lain...boleh merasa produk yang lain sebelum proceed nak membeli...

ni dapat time beli Lipstick Shu Uemura

kalo kata dah spend beratus-ratus, tapi free gift ciput...hmmmm...rasa tak best pun ada...memang lyza akan go pada free gift yang best...baru lah rasa worth to buy kannn...


5) Cari kawan sekepala
hahaha...yang ni paling penting...sebab keberanian tu akan ada bila berdua bertiga or ramai ramai...keberanian nak amik sample...ye la, mula mula dulu, lyza pun malu malu takut takut segan segan nak singgah kaunter claim samples...bila ade membe, berdesup je laju pergi kaunter...saling mengingati apa promotion terbaru...tu yang bestnya...


maybe korang rasa dalam entry ni, lyza banyak berkongsi cara dapatkan sample...dalam tak sedar, sample ni la yang sedikit sebanyak menjimatkan duit poket lyza...just nak share, serum muka lyza actually dah abis dah bulan 12 aritu, so dari bulan 12 sampai la sekarang, lyza hanya pakai serum sample yang dapat je...bukan tak ada beli serum baru, ada tu ada, tapi sebab banyak sangat sample, tu yang usaha habiskan dulu sebelum buka yang baru...

lyza dah buat aktiviti ni dari tahun 2012 lagi...kumpul punya kumpul, penuh dah laci sekarang...kena gigih sikit la nak dapat benda benda ni...kalo tidak, susah la nak merasa kannn...

next entry, lyza berkongsi mengenai sebab lyza bertukar dari produk murah ke produk mahal dengan cara yang menjimatkan...semua orang sangkakan makcik ni kayo boleh tukaq produk pi beli hat mahai, ampa silap laaa, kami ada cara camna yang boleh buat pakai barang mahai...tunggu na entry selepas ini...esok kot publish...hehehe...

nak cantik, tak semestinya kena berbelanja mahal, ada je cara yang menjimatkan... (^_^)



Tips Jimat : Beli Produk Kecantikan Mahai Tapi Masih Menjimatkan

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!

dah baca entry sebelum yang Lyza kongsikan mengenai cara jimat membeli produk kecantikan dan cara mendapatkan free sample...kalo belum baca, silalah jemput baca...yang ini Lyza buat sambungan je...

Mula mula dulu, Lyza sangkakan mereka yang memakai produk kecantikan berjenama mahal ni memang kayo kayo...ye arrr cheq mana mampu nak beli beratus ratus yang oiii...takat puluh puluh tu cheq boleh beli lagi...sampai lah dua tiga orang kawan kawan bagitau kenapa mereka bertukar ke produk berjenama mahal, baru la Lyza pun ikut jejak mereka...

buat disclaimer siap siap...produk mahal tak semestinya berkesan, produk murah tak semestinya tak berkesan...semua nye bergantung pada produk yeee...tapi produk yang Lyza bertukar ni adalah plant-based produk...sebab bajet konon konon tak mau la pakai yang banyak chemical je...so kita move on to better product..lagipun baca review, banyak jugak yg bagi good feedback plus my auntie pun dah pakai more than 20 years..so apa kita kita cuba pulak yeee....pelan pelan kayuh ke better things... *wink

ape yang mereka ajar pada Lyza adalah cara pengiraan kos...

sebelum ni, boleh kata every month Lyza kena bajet RM150 untuk membeli produk kecantikan...ye la, kebanyakkannya boleh tahan sebulan je pakai...sat sangat kan...tapi time tu tak rasa mahai, sebab duk beli murah, pastu tak pandai kira kira sangat...budak baru belajar nak cantik time tu, memang gitu...hehehe... *RM150 tu banyak tauuu, time tak kawin lagi tak rasa, dah kawin baru terasa...hehe

then pelajaran baru bermula...

amik contoh, pencuci muka RM100...boleh pakai setahun...

RM100/12 = RM8.33 sebulan

produk sebelum ni, tiap2 bulan kena beli pencuci muka RM20 sebulan...nampak tak penjimatan disitu...

pengiraan ni diaplikasi pada setiap barang...cuma yang tak best nya, sakit diawal pembelian sebab kena beli abis beratus ratus...tapi macam Lyza cakap kat entry sebelum ni (Tips Jimat : Membeli Produk Kecantikan & Free Sample), beli time promotion or make sure beli banyak dapat sample banyak...pembelian tu akan jadi lebih berbaloi...

bestnya, tiap tiap bulan tak payah dah buat bajet skincare...jimat oiii...boleh bawak bajet tu ke lain...

dan ape yang Lyza nampak lah setakat ni, kebanyakkan produk berjenama mahal ni boleh bertahan lebih dari sebulan pemakaiannya...tak percaya?cuba lah...

Sekadar gambar hiasan

readers, if korang ade tips menarik, share la dengan aiii...tukar tukar tips menarik gak...itu sahaja yang Lyza nak sangat share ngan korang...no more kata, ko kaya boleh la beli...dah share dah kat sini, buat sendiri...ok bye!

(^_^)v


Impiana Resort Cherating, Pahang

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!..

Percutian rehatkan badan dan minda, alang-alang dah ke Terengganu untuk attend kenduri, singgah Cherating satu malam untuk berehat cuti amik angin pantai...

booking hotel yang last minit di musim cuti sekolah, memang mengundang bahana dapat bilik yang mahal...hamikkk...tak perlu kata apa, hulurkan aje duit nyaaaa...cuti lah dengan sepuasnya....pada awalnya en.suami booking bilik Superior Deluxe Seaview yang berharga RM488 satu malam (ni harga di musim cuti sekolah ye)...akan tetapi, sesampai nya di Impiana Resort Cherating, lain pulak ceritanya...

alkisah, kitaorang sampai dalam kul 10 malam aritu...tapi awal tu dah bagitau yang kitaorang akan check in lambat sebab gerak dari Gong Badak dalam kul 4, singgah makan ikan sotong celup tepung...dengan perjalanan yang makan masa beberapa jam tu...so bajet bilik dah booking, takkan ada masalah bilik tak ada bila sampai...

Impiana Resort Cherating, Pahang

tiba nya di Lobi, disambut oleh Staff Impiana, terus untuk urusan check-in...kemudian kami diberitahu yang bilik kami booking tu dah diberikan pada orang lain...aikkkk...apakah? terkejut jap...bukan ke kitaorang dah confirm dah ke siang tu...but nasib baik mereka admit salah dari pihak Impiana, terus upgrade kitaorang ke Suite...nasib baikkk kauuu...kalo tak, mau sentap tak mau datang dah...hahahaha...


terus menuju ke Kenanga Suite, mulakan operasi ambik gambar...excited dapat suite punya pasal kannn...laju je kau amik gambar...haha... *akan ada percampuran gambar diamik time siang & malam yeee harap maklum ;)

Di Pintu Masuk Kenanga Suite

Living Hall
Living Hall yang luas, sesuai untuk melepak sambil tengok TV dengan family...balcony mengadap laut...tapi malam tak nampak ape pun...yang tak best nya, laut agak jauh dari bilik...so tak dapat la dengar sangat bunyi ombak menghempas pantai...ewahh ayat lagu mane ntah aku cilok ni...


malam tu over seronok sangat sampai terus up kan diri perasan anak orang kaya....hahahaha...over gedikk sangat, sedar diri skit Lyza oiii!! :P

Dining
Ni adalah bilik yang pertama...




biliknya luas, bathroom pun luas...biliknya bersih...segala kelengkapan disediakan...cuma tak best nya, katil agak bergoyang goyang...gerak sikit dah bergoyang...huhu...cuak gak nak gerak lebih lebih...

Ni pulak bilik no 2, ataupun consider as another room, tapi ade connecting door...bilik ni ada kunci yang berasingan dari bilik lagi satu...




bilik ni consider kecik sikit...ade dua single bed...asal nya dua katil ni tak la serapat seperti dalam gambar...tapi dah kitaorang pergi as 2 couple, staff Impiana datang rapatkan katil...siap tanya lagi kitaorang nak rapatkan ke tak...of course la nak...aku dah la penakut piang...ada kang aku melompat pi katil laki aku...baik rapat siap2...tak yah susah2 kitaorang nak rapatkan...heheheh...

lagi satu tak best, TV kecik sangat laaaaaa...acaner nak tengok tv nyeee...huhu....


kelakarnya, ade satu extra bilik air...yg cuma ada sinki & jamban je...berdekatan dengan pintu masuk...motip nye kurang pasti kenapa ade extra bilik air disitu...kalo tukar pada dapur mungkin best....hehehehe...


satu malam stay kat Impiana Resort Cherating datang dengan FREE breakfast...ape yang boleh Lyza katakan, jangan ada high expectation untuk buffet breakfast nya...bagi Lyza biasa ja...pilihan makanan pun ok...boleh la makan dua tiga round gitu...refill makanan agak cepat, cuma bahagian kemas meja tu agak lambat mungkin sebab kekurangan staff kot...coffee house nya yang dipanggil Kedai Kopi ni, overall bersih...dan kita boleh tengok dapur dari tempat makan kita...


Impiana Resort Cherating ni berkonsepkan tradisional...dari bangunan sampai la ke persekitaran nya...classic sungguh rasanya...kawasan hotel bersih...cuma nya banyak semut/kerengga di balcony di beberapa bahagian bangunan...so tak best nak lepak balcony sebab tengok kerengga banyak...


nak ke pantai agak jauh sikit berjalan...tapi tak la panas sangat nak ke pantai sebab banyak pokok2...so redup redup dingin je jalan nak ke pesisiran pantai...


swimming pool aku tak terjah pulak...sebab tak terasa nak berenang renang pun...enjoy duduk tepi pantai lagi dari ke pool...so tak leh nak komen pape...



parking a bit jauh dari kawasan lobby...dicadangkan turun kan barang di lobby baru parking kereta...dan jangan lah bawak barang banyak sangat sebab kat sini tak ada lif...banyak tangga kena naik turun...boleh kurus aii exercise naik turun tangga....heheh...

korang nak tau price bilik kami untuk satu malam...uhuk uhuk...batuk dulu...RM1200 untuk 1 malam...pengsan!! kalo kata kena bayar sendiri mau makan maggi sebulan...waaaa...luckily its not our fault, dapat la merasa bilik mewah ni... *happy mode

service semua tiptop...staff sangat friendly, mesra pelanggan...mohon maaf atas kesilapan yang dilakukan...cuma dicadangkan tambah baik dikawasan bangunan supaya nampak lagi cantik...

IMPIANA RESORT CHERATING
KM 32 Jalan Kuantan/Kemaman,
26080 Pahang Darul Makmur,
Malaysia

nak booking, boleh ke website ini : http://cheratinghotels.impiana.com.my/ ataupun call ke no TEL: +60 (9) 581 9000 TOLL FREE: 1800 88 8828

untuk datang lagi ke sini, mungkin akan dipertimbangkan...suka akan suasana nya dan service...tapi tak la nak duduk di suite...tak mampu den...

ok lah, itu sahaja yang nak dikongsikan...sekian....

(^_^)v


Ikan Celup Tepung Sedap! Sata Sedap!

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

tetiba teringat ikan sotong celup tepung yang sedap...nyum nyum...antara makanan yang wajib makan setiap kali pergi Terengganu...hehehe...

sebelum check in ke Impiana Resort Cherating, kita singgah makan malam kat Pantai Kelulut dulu...satu jalan je dari Kuala Terengganu nak ke Cherating tu...ada banyak gerai gerai makanan kat situ...pilih je mana yang korang nak...cam Lyza aritu, memilih Restoran Dang-Dang Dut Tomyam Seafood Catering....berdangdut jom gelek gelek isi perut dengan makanan sedap...


pilih pilih ikan sotong kerang cendawan dulu...

Cendawan Goreng & Kerang Bakar

Cendawan Goreng

Ikan Celup Tepung

Sotong Celup Tepung

banyak tak kami makan...portion untuk empat orang...nasib baik tak amik nasi, kalo tak, konpem lagi tak habis...ni pun, ada tak habis sikit sikit...heheh...banyak sangattt...

semua makanan yang diorder semuanya sedap-sedap...makan panas-panas, perggghhhh....terangkat abissss...tak macam sesetengah kedai, tepung je lebih, isi cinonet...yang ini memang puas hati makan...total makanan ni RM80...rasa tak la mahal sangat, standard harga biasa ja...ikan kembung 5 ekor, sotong tak ingat brape ekor, cendawan sepekat, kerang bakar, air buah & lai chee kang...kira ok la tu kannn...

next day, sebelum balik, harus pekena Sata & Otak-Otak di Kuala Kemaman pulakkk...

Otak-Otak

Sata

silapnya aku aritu, lupa nak ambik gambar kedai...huhu...dah nampak sata duk tengah bakar, mane nak ingat nak amik gambar bagai...perut dah tak dan dan nak makan...terus terpa je la...haha...yang Lyza tau, kedai tu biasa-biasa ja, business anak beranak mungkin...maknya yang selalu bubuh and balut sata...dan kedainya boleh kata ramai jugak yang datang beli...sebabnya sata dia lain dari yang lain, bubuh cili api potong dalam sata...selain sata, ade jugak jual otak-otak, air kelapa, kacang kuda, dan macam-macam lagi...

ni dah kali kedua makan kat situ, memang puas hati dan sedap...tak caya boleh la cuba...

bila tengok balik gambar makanan ni, terasa nak makan lagi...harus plan cuti cuti pantai timur lagi ni...kumpul duit tabung ayam mula hari ini...dah penuh baru leh gi jenjalan...hikhikhik

(^_^)v


Diva Clearance Sale

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

bila berborak pasal accessories, okeh, Lyza bukan dalam kategori yang pandai mix and match accessories ngan baju...selalunya main belasah je...janji sendiri diri depan cermin rasa diri sangat cantik ngan accessories, kira ok dah tu...pastu, aku bukan jenis manusia yang akan spend beratus-ratus ribuan untuk accessories, takat puluh puluh or seratus lebih sikit boleh layan lagi, tu pun pikir empat puluh empat kali...hehe...tapi kalo ade sale accessories, memang laju berdesup masuk kedai tengok...dan mungkin terrrrrrrbeli...heeeee....

so, nampak Tammy post kat FB kata Diva ada clearance sale, pastu ada lagi dua tiga orang kawan post benda yang sama, lagi mau tunggu...memang panas punggung terus gi terjah Diva One Utama...tambah pulak memang ada area sini, lagi la melaju kannn...

masuk kedai, salesgirl bagitau semua nya RM15!!!!haaaaaaa...apa????terus amik bakul pilih pilih...


tapi sayangnya, dah tak banyak pilihan yang best best...maybe sebab ramai dah membeli awal awal tu selepas diaorang dapat tau Diva akan totally tutup di semua mall...ataupun mungkin yang best best dah abis sebelum clearance sale ni...so ni je yang Lyza beli...




Beg untuk simpan Accessories - RM49
Rantai Silver ade lambang Heart - RM43
Rantai Gold Ring & Chain Tassle - RM49
2 Tone Opera Bracelet - RM59
Overlay Cuff - RM36
Stateblack Pearl & Stone Deco Cuff - RM73
Mixed Pearl Stone Bar - RM59

Total RM368...tapi yang Lyza bayar cuma lah RM105...rasa berbaloi sangat beli ni...bayar 1/3 je dari harga sebenar...

actually masa beli ni, ada combine ngan membe, sebabnya, kena beli 3 RM45, so since dia nak beli 2, aku lajak la amik extra 1...bagi cukup cukup...hehee...alasan, padahal memang nak membeli lagi kan...seronok sangat dapat beli murah, nak memborong je la kejenya...napsu napsu... :P

(^_^)v


Shopping Haul & Gift dari Awal Tahun Until Today

$
0
0

Assalamualaikum & Hi!!!

rasa rasanya tahun ni macam over sangat shopping barang cosmetics sampaikan en.osbon dah lali dengan puan bini yang bukan saja suka shopping baju, kasut, tapi cosmetics pun sama naik...hahaha...ok ok, i need to stop shopping for a while...ade misi besar yang nak buat by hujung tahun ni or tahun depan....itu misi, banyak pakai duit ooooo...harus kena mula berjimat...*harap menjadi penjimatan tu yeee...kihkihkihkihkih

shopping shopping jugak...tips jimat membeli tetap diaplikasi tauuu...


ni hasil belian Lip Gloss - Tint In Gelato...beli lip gloss satu je, kalo tak silap harganya RM80, dapat sample make up remover dia...kita suka makeup remover Shu Uemura, best pakai...cuci muka takyah dua tiga kali, sekali je pun dah buang abis mekap semua sekali...



eh nanti kita review lip gloss ni ye...serius best...walaupun ada yang kata tak sesuai ngan kita, kita rasa sesuai je...nanti korang komen kan erk, sesuai ke tak ngan kita ni yang kulit tak berapa nak cerah ni...hehe...


ni bukan hasil belian sendiri, tapi kawan kita bagi kat kita...huuuuuu....first time aii ada mekap MAC...seumur hidup tak pernah beli lagi, happy happy dapat satu barang MAC, free la tu...hehehehe...tq sahabat...nanti bagi la lagi MAC banyak banyak kat kita...kihkihkihkihkih...





memandangkan aritu sunblock Lyza dah abis, Lyza mencari cari sunblock yang best...baca review & suggest by Joanne (partner bab makeup collect free sample semua), kita pun beli lah Shiseido Multi-Defense UV Protector SPF 50++ Water Resistant....


Masa beli ni Isetan buat sale, terus cengkau tanpa pikir panjang sebab harganya RM165 jeee...kalo sunblock tu saja dah RM135...ni siap free gift semua...hanya add on RM30, macam macam dapat...




free gift yang datang dengan sunblock ni, agak besar, dalam 15ml & 30ml, Shiseido Ibuki range...pastu dapat lagi extra free sample Shiseido White Lucent range...keluar Isetan, muka senyum lebar kauuuu...nak try pakai nya ntah bila la tu kan...hahahaha...

last purchase, ni yang belian pertama tahun ni...Covo set yang dijual hanya RM199...tapi dalam set tu...giler banyak kottt...


kalo kira harga asal, tambah tambah...memang barangnya lebih dari harga RM200...

ni free sample yang dapat








masa nak beli, pikir sekejap sahaja, terus beli...hahaha...dasar pantang nampak benda murah dan berbaloi kan...cepat je tangan kau membeli...kihkihkihkih...anyway, Lyza suka COVO eyeliner...so far dah jadi feveret...nanti Lyza review kan...

korang nampak tak berapa banyak mekap yang dah dibeli...memang harus dihentikan kannnn...wahai hati, sila insaf...raya dah nak dekat, cuti nak ke tut tut tut pun dah tak lama, sila berjimat...hehehe...ok bye!

(^_^)v


Viewing all 181 articles
Browse latest View live